Wednesday, December 31, 2008

2008 : Dalam kenangan.....

1. Joining IIUM Angklung Group.... & being a part of its committee members... (^_^)
2. International Angklung Concert...has been postponed!!!! (ehm....)
3. My 2nd big bro getting married...."dapat kak ipaq baru"... (^_^)
4. I'm taking ARCHERY SKILLS CLASS (^_^) (bersama kwn2 yg happening : Syu, Syful, Jelly, Spa Q) huhu
5. IIUM Co-Cu WEEK.... Dapat pengalaman menjaga Booth Archery..... & joining Archery tournament with SUKMA team from Nogori Sembilan....
6. Islamic Performing Arts Concert (^_^)v
7. Dapat peluang menjaga "lil Batrisyia" waktu short sem....
8. Surprise Birthday Celebration for : Nawal, Fiza Hanif, Wawachan, Syam, Kak Aton, ME, Fiza Sukor, Fyda & Tyra.... (^_^)v
9. Imah disahkan menghidap Cancer Ovari :(
10. IAG'S DAY OUT!!!!
11. Co-Cu Grand Award 2007
12. Kemasukan ahli baru IAG.... (welcome my lil bro & sista!!!!) (^_^)
13. Konvo 2008 : Kak Dee, Kak Zura, Kak Nadia & Kak Ratna
14. IAG'S AGM
15. Kelahiran my 2nd niece : Ainnur Puteri Basyirah Huda (^_^)
16. Tok Nek @ moyang aku menghembuskan nafas terakhir pada 23 November 2008....
17. This Semester gonna be my final semester..... i'allah.... (^_^)

Sekian...wassalam

Friday, December 26, 2008

Selamat kembali ke kampus...

Salam sumer....

Soalan paling popular awal sem ni :

1. Faza, kenapa nampak kurus ni???
Tak tau la...rasanyer da terlebih makan & tido cuti ni... hihi

2. Faza, amik berapa subject sem ni?
4 jer....coz tu je yg tinggal..hihi

5. Amik subject ape?
- Sociology of Political Behaviour
- Islamic Perspective of Sociology
- Interpersonal Communication
- Language For Occupational Purposes

6. Faza, ni last sem ke?
InsyaAllah...

7. Faza, join lunch tak?
I'allah...i'll b there cam biasa...al-maklum la..i tak dak clas petang sem ni....hihi

8. Faza, da cek PT???
Dah masuk ke??? hihi maleh nak cek...bukan ada baki pun...

Sekian, wassalam

Thursday, December 18, 2008

Tak de mood???

Salam
- Beg tak kemas lagi..... maleh la..... (berat hati nak tinggalkan umah la....) :(
- Takde mud sgt la...............
- I'allah esok petang bertolak ke Bangi...umah my big bro..
- Sabtu, anta mak & abah ke airport........
- Ahad, regis.......
- Isnin.... class da start ma.....maybe having lunch with u all..... really miss da "Hs cafe"...hihi

* Slamat tinggal umah....
* Slamat kembali ke kampus kawan2... jmp nanti!!! (^_^)
* Sedih, coz ramai kawan2 yng da takde @ grad.... :(
* Tak sabar nak jumpa imah.... (slamat kembali mah.....)

Sekian dulu...........daaaaaaaaaaaa

Wednesday, December 17, 2008

Tuesday, December 16, 2008

16 December 2008

Salam…. Ape yer aktiviti aku hari ni???

- Keluar dgn my BF…. Farah & Sila….. Jalan2 & Makan2…. (^_^)
- Pergi kedai spek, cek mata, alhamdulillah….kerabunan ku semakin ok…. Tapi da masalah silau la pulak……adus..
- Usha mak & abah…siap beg…..”nak p melancong la katakan”….hihi (tetiba teringatkan Zaman kita p Bandung dulu..excited kemas beg & tukar duit.) (^_^)
- Malam, tolong abah edit list buku business dia….kena edit almost 6000 senarai buku…n macam biasa, my big bos akan slalu memerhatikan hasil kerja aku… (hihi…ala2 cek kualiti gitu….) Edit, then print it out….. (teringat zaman jadi s/u dulu da….dalam setahun, aku ada dua orang bos…. Dua2 mempunyai karakter yang berbeza….tapi dua2 ok je…) “TQ bos!!!” (^_^)
- K la, tak dak idea da nak cito….. daaaaaaaaaaaaaa
eh eh eh....cop cop cop!!!! ada lagi nak citer la............neway, tgh kebosanan ni, aku pun cam biasa, akan buka blog favourite aku, tuk tambah ilmu cam biasa.... http://saifulislam.com/?p=4200 & kali ni nyer post, mmg menarik...n beliau da berjaya mendapatkan lebih kurang 50 komen untuk tempoh 12 jam...bagi aku, memang hebat la ustaz...tahniah ustaz!!! (^_^)... n mesti la korang nak tau kan, ape la topik yang menarik sangat tu....ehm..neway, post dia kali ni bertajuk "kahwin semasa belajar"... cool kan topic tu??? mesti ramai yang akan salah anggap,kenapa aku suker sgt dgn topic ni... n kalo korang betol2 nak tau....sila la ke blog yang dinyatakan sebentar tadi yer... neway, its not definitely about the marriage itself, but its about a lot of things....yang akan membuat kita berfikir balik... "kenapa mesti kahwin awal?" ehm...... (*_^)
* Bagi yang nak menambah ilmu, boleh jugak melawat blog baru yang aku temui...
Sekian dulu, wassalam

Sunday, December 14, 2008

Hari ni hari ape ek???

salam....syukur alhamdulillah abahku semakin pulih. Nak kata pulih sepenuhnya, tak juga. Tapi keadaan dia better dari hari2 sebelum ni. Buktinya, ptg tadi bila abah bangun dari tido tetiba dia tanye mak aku :
Abah : Kite nok pakey beg mane nanti?
*Adeh, lemah aku mendengarnya..
Mak : (senyum sambil menjawab) Ader beg akak...yang dia pakey pegi Bandung hagri tu..
Abah : Ehm..baguih ler..tak payoh ler nok beli2 dah...jimat duit...
Akak : Abah ni dah betoi2 sehat ke??? Bior ler sehat betoi2 dulu, baru boleh pegi saner.
Abah : Ehm.. sari due lagi sehat ler.... (sambil senyum)
* Mak aku pun senyum jugak
Neway mak & abah aku ni plan nak ke Indonesia 20-24hb ni. Seperti yang telah dirancang, mereka akan kesana dibawah kelolaan Tabung Haji Travel & Tours. Since sumer urusan n payment da dibuat, abah aku ni duk risau kalau2 dia tak dapat pegi disebabkan oleh keadaan kesihatannya. Bagi mak aku, kalau abah tak sihat, maybe kena cancelkan e'thing.
* Ehm betol tu...aku tak rasa abg2 aku akan bagi pergi, kalo abah aku tak ok lagi...
* Hopefully abah cepat sembuh yer.... (^_^)
Since abah sakit, aku yang telah ditugaskan untuk membeli barang dapur. Agak kelakar bila pagi tadi 1st time aku ke "market" or well known as "pasar basah". The most important is, it is 1st time in my life i went to the market alone by myself. Biasanya aku p market tu dgn my mom or maybe with my other siblings, tapi tadi aku p sorang2. Biasanya aku jadi tukang bawak barang je....n waktu tu my mom akan membeli sambil bagi tunjuk ajar tuk beli barang macam ikan, ayam, sayur dll.... & pagi tadi, akhirnya aku berjaya jugak la membeli barang2 tu. (^_^)
Tetiba teringat waktu aku n kwn2 beli barang kat "giant" bulan puasa hari tu. Walaupun memasak adalah dilarang kat hostel tu...tapi kami tetap jugak nak masak...tau2 je la..bulan puasa, mesti nak rasa masakan sendiri jugak... waktu kat giant, kami yang lima org ni menghadapi sikit masalah utk membeli barang masakan... ye la, sumer pun ada pendapat n cara memasak sendiri...so, kami amik masa skit tuk memilih brg2 masakan. Tapi yang paling best, waktu ni la kita dapat tau, siapa la dikalangan geng2 kita ni yang tak penah turun ke dapur..coz dia tak tau langsung hal2 dapur ni... hehehe (jangan marah aaa)
*Tapi yang paling membanggakan, orangnya tak penah segan utk blaja...cume slama ni dia tak berpeluang utk blaja.... takpe takpe, kita blaja sama2 yer....
* As a result, kami makan besar petang tu... siap ada lauk extra untuk bersahur lagi...
* Kenangan paling best Bulan Ramadhan hari tu (^_^)
k la setakat ni dulu........sekian, wassalam

Friday, December 12, 2008

Bahayanya Penyakit Chikungunya

1. Apa itu Penyakit Chikungunya?
Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk. Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah. Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina. Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.
2. Bagaimana penyakit ini boleh berlaku?
Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae.
3. Adakah ia berjangkit?
Ya. Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi.
4. Apakah masa pengeraman bagi Chikungunya?
Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau di antara 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara 3 hingga 7 hari.
5. Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?
•Demam panas mengejut
•Sakit teruk pada sendi
•Ruam pada badan
•Sakit kepala
Seorang pesakit boleh demam dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari).
Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.
6. Adakah penyakit ini boleh membawa maut?
Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan. Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.
7. Apakah rawatan bagi penyakit ini?
Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit. Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar sahaja. Tiada vaksin bagi penyakit ini.
8. Apakah yang perlu dilakukan jika dijangkiti penyakit?
Jika mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, orang ramai adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.
9. Cara pencegahan penyakit Chikungunya
•Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalah terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukan gotong- royong.
•Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.
•Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.
10. Bolehkah kawasan saya dijangkiti penyakit Chikungunya?
Boleh, kerana penyakit ini dibawa oleh nyamuk Aedes albopictus dan Aedes aegypti yang terdapat di negara kita.
11. Situasi semasa penyakit Chikungunya di seluruh negara
Sila rujuk kenyataan akhbar.
12. Tindakan Kementerian Kesihatan Langkah – langkah kawalan yang telah diambil:
•Pengesanan kes secara aktif
•Melakukan kajian Aedes•Semburan kabus dan ULV
•Aktiviti gotong-royong bersama masyarakat setempat
•Aktiviti promosi kesihatan

* Maklumat ini saja aku sebarkan, sebagai pemberitahuan kepada kalian semua.
* Coz, ayah aku baru jer disahkan menghidapi penyakit ni.... n memang la keadaan dia kureng ok.
* Tapi doct. da bagi ubat n rawatan yang sepatutnyer....dan ayah aku diminta bykkan berehat..
* Kalau diikutkan seminggu yang lalu, aku pun menghidapi demam n gejala yang sama, cuma doct belum bagi pengesahan sama demam yang aku alami tu, adalah demam denggi ataupun Chikungunya...
* menurut pengalaman aku, sewaktu demam ni memang la badan kita akan jadi lemah sgt2. Sakit otot2 n sendi2...kalo boleh, dalam sehari tu, rasa nak tido jer...n tak lalu nak makan...n demam tu akan berlarutan sampai seminggu.....Alhamdulillah, kesihatan aku da pulih sepenuhnya...
* Hopefully ayah aku akan cepat sembuh......sama2 kita doakan yer....
Sekian, wassalam

Thursday, December 11, 2008

cuti cuti cuti....

salam...
Ehm nampaknyer, semua oang pun tengah sibuk dengan cuti & program masing2. Setakat yang aku tau, wawa, kak aton, paeja & kak nana sibuk minggu ni since diorang jadi volunteer for ASEAN University Games 2008. Neway, kalo ikutkan aku pun akan terlibat dengan Majlis Pembukaan AUG ni. Tapi, disebabkan oleh sebab2 tertentu aku tak dapat join. Lagi pun, kalo nak pk logiknye ape la aku nak buat after 12hb tu. Takkan nak lepak kat hostel sampai 21hb...adeh, tak dapat la.... oleh yang demikian, aku pun decide tak nak join program tu.... Sedih jugak sebenarnya...tapi tak pe la... takdak rezeki nampaknyer.....
Next plan???? Setakat ni, nak gunakan masa yang ada untuk bergumbira dengan family. Tau2 jer la, nanti kalo da masuk sem baru da takde masa nak balik umah lama2 camni. Duk umah ni, takde sgt nak dibuat selain melayan adik bongsu aku ni. I'allah tahun depan minah ni nak SPM, so tak leh la nak enjoy2 sgt. Tiap hari, kerja dia takde lain selain mengadap buku & weekend, p tuisyen... Adik lelaki aku pulak? Da balik Ipoh pagi tadi, register untuk sem baru.... Tinggal la aku ni ha...yang tak habis2 lagi cutinyer...
And petang tadi, aku terima satu sms yang berbunyi "fauzana, kamu buat ape kat umah tu? tak bosan ke??? jom kuar.." ehm sms ni aku trima dari farah, kawan sek aku tu..... Dia tgh mati kutu, tak tau nak wat ape...minah ni lagi la tensi, coz UPM cuti 2 bulan. lagi lama dari aku. Dia pun sama nasib dgn aku, parents tak bagi kerja..... "farah, nak kuar ke?? ehm nanti la ek..aku pk dulu...cam mls nak kuar la..tak tau nak p mana....."
Sekian buat masa ni....wassalam

Wednesday, December 10, 2008

Sociology and Anthropology Students Association (SOCASA)




* Sedikit kenangan waktu aku aktif dengan SOCASA waktu 2nd year dulu....
* Naik jer 3rd year, aku da sibuk dgn IAG....ehm.....
* Tapi, kenangan dengan geng2 SOCASA akan tetap dihati.... :)

Friday, December 5, 2008

Sehari bersama teman-teman

My Royal Town.....
Permandangan indah Sungai Perak..


Istana IskandariahMasjid Ubudiah, Kuala Kangsar

Salam, dalam jam 10.20 pagi aku pun mulakan langkah ke bustop berhampiran rumahku. seperti yang telah dijanjikan, kami akan menaiki bus jam 10.30 pagi. Yang bermaksud, kami kena keluar rumah, sebelum jam 10.30. Bagi yang slalu naik bus, diorang akan tahu camne nak budget masa untuk dapatkan bus secepat yang mungkin. Tau2 je la, rumah aku kan ke berada dalam kawasan kampung. oleh yang demikian, bus yang lalu setiap hari hampir boleh dikira. So, kalo nak keluar dan memerlukan kita naik bus, ape lagi.. "budget ur time ya!!!"

Setelah menunggu hampirr 30 minit, bus pun kelihatan dan aku pun naik n duduk kat seat paling depan sekali. Dalam 15 minit, sampailah ke Stesen Bus Kuala Kangsar dan kat situ la aku bertemu sahabat2 lama ku.... teman rapatku waktu sek dulu (^_^). An, Sila & Farah..... Da lama sangat aku tak jumpa diorang ni. kalo tak silap, da hampir setahun setengah kot.. really miss u gurls....

Macam biasa, kami akan jalan2 n makan2 n borak2 cam biasa. Banyak sangat cerita yang nak dikongsi bersama. An & Sila da habis blaja, tapi sampai skarang tak ketemu kerja yang sesuai lagi. (adeh, lemah aku bila dgr nasib rakan2ku ini.... n mula memikirkan nasibku pula nanti)

Habis satu pekan KK tu kami round...then, kami lepak kat area Lembah Sungai Perak yang terletak dipinggir Pekan Kuala Kangsar... dengan menghadapkan sungai perak, kami meneruskan perbualan & chit chat.... ditmbah pulak dengan makanan yang dibeli, kami betul2 enjoy the moment. Banyak kenangan2 waktu sekolah yang kami ceritakan. Tak lupa jugak, cerita2 terkini tentang rakan2 seperjuangan yang sama batch. Juga plan2 masa depan masing2.

ehm setelah hampir dua jam melepak sambil menghayati keindahan sg perak dan pemandangan dari kawasan yang kami duduk, akhirnya kami pun beransur pulang.... macam biasa menaiki bus bersama2...

itulah yang dinamakan takdir Tuhan... dulu waktu sekolah & kami bersama2 mengejar impian dan menimba ilmu, tak pernah terfikir pun yang suatu hari nanti kami akan terpisah jauh macam sekarang. tapi bila da dewasa ni baru la kita sedar, yang takdir hidup setiap dari kita ni amat la berbeda.... oleh yang demikian.... mulai hari ini, kita patut fikirkan apa2 plan 4 our future. Plan la ape yang kita akan buat / kerja dalam masa 2 tahun lagi or maybe 5 tahun. Fikirkan jugak berapa profit yang kita target untuk ada. How about our marital status pulak…either single & available or maybe with same status : married with 2 childrens??? Huhu n tak lupa jugak, setakat mana kita da keapi cita2 n plan kita since long time ago…
*Neway, post ni saje aku wat utk mengingatkan diri sendiri & para pembaca tentang betapa pentingnya utk plan our future..coz aku tau, ada dikalangan kita yang tak pernah pun terfikir akan sumer persoalan ni…
*So, I wish to say, “fikir2kanlah dan selamat beramal!!! " (^_^)v

Tuesday, December 2, 2008

Special 4 today...


“Sempena saya nak berumahtangga ni, apa kitab yang ustaz nasihatkan saya baca?”, tanya seorang anak muda kepada saya.
“Kalau ustaz cadangkan buku, boleh? Bukan kitab”, saya mengusik.
“Sama sahaja tu ustaz. Satu Bahasa Arab, satu Bahasa Malaysia”, beliau membalas.
“Bukan apa, susah orang nak terima kalau Men Are From Mars, Women Are From Venus oleh John Gray tu sebagai ‘kitab’!”, saya menyambung.
“Ustaz suruh saya baca buku tu? Kenapa?”, tanyanya seperti terkejut........

"Apabila adik-adik meminta nasihat tentang perkahwinan, saya tidaklah begitu bimbang dengan soal hukum. Terutamanya bagi mereka yang sudah biasa dengan usrah, program-program agama dan bahan-bahan bacaan berkaitan yang pelbagai. Soal hukum-hakam, kita tahu di mana hendak bertanya, dan bagaimana hendak menyelesaikannya.
Tetapi rumahtangga bukan terbina hanya atas kejelasan soal hukum fiqh. Malah jarang benar saya berbual dan berkongsi kisah tentang rumahtangga, membabitkan soal hukum. Hukum yang Syariatullah itu jelas dan cerah.
Namun ketetapan Allah bukan hanya sekadar pada apa yang halal dan apa yang haram. Hidup ini bukan hanya pada Syariatullah. Manusia saling berhubung dengan Sunnatullah. Psikologi manusia dan peraturan komunikasi.
Inilah yang menjadikan saya senang mencadangkan buku Men Are from Mars, Women Are from Venus oleh John Gray itu. Buku itu adalah hasil kaji selidik (survey) yang membabitkan jumlah manusia yang ribuan. Ia adalah kajian tentang tabiat manusia........."


http://saifulislam.com/


* Korang boleh dapatkan full version of this book review from blog saifulislam ye...
* Neway, aku still tak habiskan bacaan buku ini lagi... i'allah dalam progress...so, tak leh la nak review da whole book.
* Buku ni di suggestkan by one of my big bro.. beriya2 dia suh baca..n bila da baca, ok la juga... n best!!!!
* Sekurang2nya cuti ni tak la sia2 tanpa pape aktiviti...
* Kalo korng berminat, blh dapatkan softcopy from me....tak pun boleh dapatkan bukunya dikedai2 yg berhampiran..... :)
Sekian, wassalam

Monday, December 1, 2008

1 December 2008

Kenangan bersama kalian.....

Salam..
Post kali ni, teristimewa aku buat untuk mengimbas kembali kenangan yang takkan pernah aku lupakan. Pada 6-10 September 2007, Kumpulan Angklung UIAM telah diundang untuk menyertai Pertandingan Angklung, yang akan dianjurkan oleh Kumpulan Paduan Angklung, Institut Teknologi Bandung, Indonesia. Setelah bertungkus lumus membuat persiapan termasuklah training tanpa henti selama hampir 2 bulan (kalo tk silap la), mencari sponsor (^_^) n mendapatkan kelulusan dari pelbagai pihak. Walaupun pelbagai cabaran dan rintangan yang terpaksa ditempuhi, namun akhirnya kami berjaya menjejakkan kaki ke negara jiran kita, Indonesia. Syukur Alhamdulillah.... semua berjalan lancar.... kegembiraan dan keriangan para peserta boleh dilihat melalui gambar2 yang disediakan. Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang2 yang telah byk berkorban demi memenuhi impian semua org. Siapakah org2 nya? "aku rasa korang sendiri tahu kan...... :)"
*Ehm gambar2 1st & 2nd day.....
* Hari Kejadian...

* Malam Konsert kt ITB & Special Dinner at "Rumah Nenek"

* Shopping + Makan2 + Bergambar + tak lupa...Uno Games & Balik...... :(

* lupa nk gtau....team UIA dpat tempat ke tiga..... (^_^)v