Monday, October 1, 2012

Ketika ujian datang menyapa.....

Semoga Allah kuatkan semangat insan-insan yang sedang diuji...

Semoga Allah tabahkan hati insan-insan yang sedang diuji...

Semoga Allah tingkatkan rasa keimanan insan-insan yang sedang diuji...

Semoga insan-insan yang sedang diuji, redha dengan ketentuanNya...

Semoga insan-insan yang di uji, yakin akan ketentuanNya... betapa ada hikmah yang tak terungkap disebalik apa yang berlaku...

Tabahkan hati hamba-hambaMu ini ya Allah......ketika tangisan adalah hanya untuk Mu....

Monday, August 13, 2012

Salam Ramadhan...

Salam..

Selamat menjalani ibadah puasa buat semua....

Syukur Alhamdulillah.. hari ni dah hari ke 24 kita semua menjalani ibadah puasa..

terasa Ramadhan kali ini.. lebih mencabar dari tahun2 sebelumnya...

sebab cabaran & dugaan yang datang, lebih mencabar dari tahun2 sebelum nya..

Syukur Alhamdulillah.. Ramadhan kali ini juga adalah Ramadhan yang lebih baik dari Ramadhan yang sebelum ini... mungkin berkat dari segala cabaran yang mendatang..

Sememangnya, dalam setiap yanag berlaku itu, terselindung hikmah nya yang tersendiri... Hikmah yang takkan dapat dirungkai oleh akal manusia...

Doa aku untuk Ramadhan ini... semoga aku cepat sembuh... InsyaAllah...

*macam yang mak selalu cakap... "Allah pilih untuk akk sakit, sebab Allah tahu akk mampu menghadapinya...hanya insan2 yang mampu menghadapi, akan diberi ujian yang diterima...."

Semoga diri ini ikhlas dalam menempuh semua dugaan & cabaran yang mendatang... Amin...

Wassalam

Tuesday, July 3, 2012

....pilihan...

Salam

Dari dulu.. selalu akan ada saat2 kita akan diminta untuk membuat pilihan... A / B / C?

kalau setakat A & B... boleh lagi nak pilih..

Tapi kalau yg diberi adalah A / B / C / D / E / F dll... jenuh jugak nak memilihnya....

Dan selalunya.. ketika diminta membuat pilihan.. kita akan melihat dari segi baik & buruk nya setiap pilihan yang dibuat...

Kalau boleh, kita akan memilih sesuatu pilihan yang banyak membawa kebaikan kepada kita.. kan?

Ehm.... dalam dilema....

A or B or C and half???

Ya Allah..berikan hambaMu ini kekuatan, petunjuk dan hidayah dari Mu..
Semoga aku mampu membuat pilihan yang terbaik buat diriku dan semua insan2 di sekelilingku..
Sesungguhnya aku hamba yang lemah dan hina...
Ada kalanya..aku tak mampu membuat pilihan...
Walaupun hakikatnya..aku melihat, mendengar dan mengetahui apa yang baik dan apa yang buruk....

*sememangnya aku tak layak untuk membanding-bandingkan pilihan yang ada.. kerana setiap ciptaan Allah itu.. terdapat kekurangan dan kelebihan masing-masing....

Sunday, June 24, 2012

Happy Birthday to MySelf

Its my bufday today...
Jam menunjukkan pukul 3.15 petang..
saya berada di kampung halaman kesayangan...
Hari kelihatan nak hujan lebat..
hari kelihatan sangat gelap.... mcm dah nak maghrib pulak..
semua ahli rumah kelihatan sedang nyenyak di bantal masing2...
Aku? tak mau tidur nampaknya...

Buka LAPPY kesayangan....
Buka Microsoft OUTLOOK yang tak pernah lekang Dek EMAIL2 yang masuk...
Memilih email2 yang menarik untuk dibaca... (refer to email yg confirm tugasannya tak berat sgt)
Menerima email dari Pensyarah bekas practical Student saya...
meminta saya melengkapkan report practical student itu..

buka link yang diberi...
buka U-Tube.... & mainkan lagu kegemaran... =D
buka FB jugak...
buka Link Bloggy jugak....
Siapkan report adik practical yang COMEL... All The Best dear..

its totally me... -Buat-Kerja-Opis-ketika-berada-di-kampung-halaman-pada-hari-Lahir-ku... (^_^)v

*Esok nak EL..sebab tgh BOIKOT bos sendiri....

Wednesday, June 20, 2012

SAKIT!!! Satu rahmat dari Yang Maha Esa...



*b strong k?

with love..... Fauzana, Faza, Fafau, Kak Faza, Kak Fafau, Akak, Mak Teh dll...

Friday, June 8, 2012

Kadang-kadang....

Salam

Kadang-kadang....
Saya rasa.. saya adalah seorang yang TERlebih suka bertanya.....

Kadang-kadang....
Saya rasa... saya adalah seorang yang TER lebih suka mengarah...

Kadang-kadang....
Saya rasa... saya adalah seorang yang TERlebih suka mengawal situasi...

Kadang-kadang...
Saya rasa.. saya adalah seorang yang TERlebih suka mengongkong...

Kadang-kadang...
Saya rasa..saya adalah seorang yang TERlebih tak sabar....

Kadang-kadang...
Saya rasa..saya adalah seorang yang SUKA mendesak...

Kadang-kadang...
Saya rasa..saya adalah seorang yang ......
tah la.. macam2  yang saya fikir...
Doakan supaya saya menjadi seorang yang lebih baik, lebih penyabar, lebih tak suka mengarah, lebih suka bertolak ansur & lebih solehah & lebih segala2nya lah... i mean.. doakan saya menjadi seorang yang lebih baik dari sekarang... supaya saya dapat memperbaiki kelemahan & kekurangan diri sendiri...

Sebab saya tahu... tak ramai yang suka bergaul/berkawan @ ada yang berkecil hati dengan saya.... huhu

*muhasabah diri di pagi Jumaat yang mulia ni....

Wednesday, June 6, 2012

Happy Mode (^_^)

SIGTECH Family Day =)

SIGTECH "StapWanita" Bowling Tournament =)

LUNCHSTERS : Gathering at IIUM =)

FIXA's Wedding : PJ =)


                                              LUNCHSTER's Gathering : Soul Garden =)

Wednesday, May 30, 2012

Tuesday, May 22, 2012

Monday, May 7, 2012

Jika kamu memancing ikan....
setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Jangan sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja...
kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu itu... dan
Mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup....

Begitulah juga...

Setelah kamu memberi banyak PENGHARGAAN kepada seseorang..
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU...
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya...
Jangan lah sesekali kamu meninggalkannya begitu sahaja..
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu...
Dan mungkin TIDAK dapat melupakan segalanya selagi dia mengingati kamu...

Jika kamu menadah air, biarlah berpada...
Janganlah terlalu , mengharapkan pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh..
Cukuplah sekadar keperluanmu...
Apabila sekali ia retak... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...

sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya...
Mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH dia seadanya...
Janganlah kamu terlalu menganguminya begitu istimewa...
Anggaplah dia manusia biasa..
Apabila sekali dia melakukan kesilapan..
Bukan mudah untuk kamu menerimanya...
Akhirnya kamu akan KECEWA dan meninggalkannya...

Sedangkan jika kamu cuba MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan ini akan terus hingga keakhirnya...

Jika kamu memilih sepinggan nasi,
Yang kamu pasti baik untuk dirimu
Mengenyangkan & berkhasiat
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain....
Jangan kerana terlalu mengejar kelazatan, KELAK... Nasi itu akan basi dan...
Kamu tidak boleh memakannya lagi... lalu kamu MENYESAL...

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..
Yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu...
MENYAYANGIMU....MENGASIHIMU....
Mengapa kamu berlengah?? dan
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain??
Terlalu mengejar kesempurnaan.. KELAK kamu akan KEHILANGANNYA..
Apabila dia sudah menjadi milik orang lain....
Lalu kamu juga yang akan MENYESAL....

*huhu... sama2 kita ambil iktibar ya.....

Wednesday, March 7, 2012

Apabila saya marah...

Apabila saya marah...
Apabila saya sedih...
Apabila saya berkecil hati...

dengan seseorang...

Saya akan seboleh mungkin cuba untuk jauhkan diri dari "seseorang" tersebut....
Kerana saya perlukan masa....

Saya perlukan masa untuk bermuhasabah diri...
Saya perlukan masa untuk mengenang kembali apa yang telah berlaku..
Saya perlukan masa untuk pujuk hati sendiri....
Saya perlukan masa untuk berdoa..

Supaya saya boleh memaafkan seseorang tersebut....
Supaya saya boleh terima kembali seseorang tersebut..
Supaya saya boleh menjadi positif semula atas apa yang telah berlaku..
Supaya.. saya boleh memberi layanan yang sama seperti sebelum berlakunya apa2 situasi negatif itu....

Maafkan saya...
Saya cuma insan biasa yang terkadang, tidak mampu untuk mengawal emosi dan hati sendiri.....

Thursday, February 23, 2012

Salam

Entah kenapa... terasa berat ujian yang mendatang kali ini...

Hanya air mata menjadi peneman diri ketika ini.....
Setelah 2 minggu berlalu.... akhirnya Airmata tak dapat ditahan lagi...
Semoga aku lebih tabah, kuat, positif & redha dalam menempuh cabaran ini..

Ya Allah, kuatkan semangat hambaMu ini....
Tabahkan hati hambaMu ini Ya Allah..
Tingkatkan keimanan hambaMu ini Ya Allah...
Prindahkanlah peribadi hambaMu ini Ya Allah..
Semoga aku tabah menempuh cabaran yang mendatang...

Aku mohon padaMu ya Allah...
Kuatkanlah rasa cinta, kasih dan sayang ku kepada Mu Ya Allah..
Supaya rasa cinta, kasih dan sayang ku kepada Mu ini..
Mengatasi rasa cinta, kasih dan sayang ku kepada sekalian makhlukMu ya Allah..

Amin...

Sunday, February 12, 2012

Tuesday, January 31, 2012

Wednesday, January 25, 2012

Saya seorang penunggu...

Salam

Dah dapat tarikh nya...melalui sms yang diterima..... 15 February 2012.

ehm....

Saya mesti tekadkan hati & perasaan....

Saya mesti cuba untuk melawan segala kegusaran...

Saya mesti yakin dengan ketentuanNya...

Saya mesti yakin!! Segala yang berlaku, pasti ada hikmah...

InsyaAllah......

*Saya dah cuba minta pendapat beberapa kenalan & mereka mencadangkan agar saya mencuba... kata mereka... cuba, sebelum terlambat...
*Tapi sehingga kini.. kekuatan tu tiada... kenangan lama membuatkan saya takut untuk mencuba lagi...

Wednesday, January 18, 2012

....

..Patah Seribu...

Shahila.. :)

Monday, January 9, 2012

Januari 2012

Salam...

Dalam tak sedar.. hari ni dah 9 Januari 2012...

Kesibukan aku...

Menghabiskan cuti tahunan 2011 & bercuti selama seminggu..
Menghabiskan masa bercuti bersama ayah & bonda..
Masuk ke office dengan a lil blur....
Menyiapkan Development & Sales Planning untuk 2012..
Menyediakan Financial & Program Report untuk 2011..
Memperkemaskan Report & Planning untuk Meeting Management 2012 pada 7 Januari 2012..

Aku terlupa & baru tersedar....
Hanya tinggal dlm kiraan 21 hari sahaja lagi.. sebelum Februari menjengah...

Dan bila Februari datang...
Semuanya akan berakhir....

Semuanya berlaku atas permintaan aku...
Aku yang berdoa agar semoga semua ini berlaku...
Aku yang memohon agar diberi petunjuk untuk arah tujuan perjalanan ini...
Dan jika perjalanan ini bukan seperti yang telah ditetapkan...
Dimohon agar, ia berakhir dengan cara yang terbaik...
Dan aku kene bersedia.... untuk menghadapi semua ni...

Ya Allah.. bagi aku kekuatan untuk menempuhi semua ini...
Semoga aku kuat, tabah & ikhlas dalam menempuh ujian2 Mu ini....

Ikhlaskan hati hambaMu ini Ya Allah.....

Tuesday, January 3, 2012

SMS

Bukan perjuangan namanya kalau tak sanggup tempuhi cabaran.
Setakat mana dugaan yang kita alami?
Adakah sampai tahap bermandi darah macam apa yang Nabi lalui?
Dah tentu tak..
So, perbetulkan niat..
Niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah akan jadi sumber kekuatan untuk kita terus bertahan..
Susah payah & perit macam mana sekalipun, kita akan tetap istiqamah sebab kita lakukan bukan kerana manusia..
So, kenapa mesti kecewa?
Kenapa mesti putus asa?
Bukan kah apa yang kita buat kerana semata-mata mengharapkan redha Allah.
Kalau semuanya kerana Allah, dah tentu kita sentiasa gembira, kerana kita yakin Allah aturkan yang terbaik untuk hambaNya.
Dugaan & cabran yang kita lalui hanya satu ujian untuk tengok sejauh mana keikhlasan kita sebagai hamba..
Pada hakikatnya Allah sedang mentarbiyahkan kita..
So, bersyukurlah kerana Allah masih pedulikan kita..
Semakin diuji, semakin kita dekat kepadaNya......

* Bersangka baiklah kepada Allah.... :)

SMS_dia : 20 Dec 2011 : 6:10:29pm