Tuesday, July 22, 2008

Ingatan bersama...

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat> berwasiat > kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut> ialah > kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin> meninggalkan > dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan> sepuluh > perkara." > >

1: HAK KEPADA DIRI. >
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan> > percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. > >
2: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT >
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal,> mendapatkan > kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat > persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah. > >
3 : HAK KEPADA KUBUR >
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang> tabiat kencing > merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan > membantu orang yang dizalimi. 4: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR >
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat> dan > nasihat menasihati. > >
5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI> KIAMAT) >
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan> amalan dan > sanggup menanggung kesusahan. > >
6: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA> HARI > AKHIRAT) > Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak,> suka > membantu orang beriman dan suka berjemaah. > >
7: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) >
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik> kepada > ibubapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi> dan > memperelok akhlak. > >
8: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA) >
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar> menerima bala, > bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan> maksiat. > >
9: HAK KEPADA NABI SAW >
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan> syariat, > bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para> sahabat, dan > bersaing dalam mencari keredhaan Allah. > >
10: HAK KEPADA ALLAH SWT >
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia> dari > kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan. >

Sudahkah anda menunaikan SOLAT ? > > Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.> bersabda, > "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

No comments: