Salam
1. Ada apa dengan angka?
2. Ada apa dengan kata - kata?
3. Ada apa dengan lagak gaya?
4. Ada apa dengan cinta?
5. Ada apa dengan kemewahannya?
6. Ada apa dengan paras rupa?
7. Ada apa dengan tingginya cita-cita?
8. Ada apa dengan peribadi mulia?
9. Ada apa dengan ketinggian ilmunya?
10. Ada apa dengan sikap kepimpinan mulia yang dimilikinya?
1. Angka = penting bagi semua perkara di dunia.
2. Kata - kata = penting untuk menunjukkan keperibadian seorang manusia.
3. Lagak gaya = penting buat yang tinggi sikap ego dalam dirinya
4. Cinta = penting kerana lumrah manusia yang sentiasa memerlukan cinta dari-Nya.
5. Kemewahan = penting demi meneruskan cita - cita.
6. Paras rupa = penting buat yang mahu bergelar peragawati @ peragawata...
7. Tinggi cita-cita = penting untuk memajukan anak bangsa
8. Peribadi mulia = pentung buat seorang insan yang bergelar manusia..
9. Ketinggian ilmu = penting buat kita semua.
10. Kepimpinan mulia = penting & menjadi kewajipan bagi setiap ketua @ umat manusia.
Sekian...
Wednesday, June 23, 2010
Monday, June 14, 2010
Recently...
Salam
Nothing much to share... just want to put an updates my recent activities:
1. Mak Abah takde buat masa ni.. 2 minggu... spend their holiday in Europe... InsyaAllah sabtu ni balik.
2. Aku tak jadi menghadiri Majlis Perkahwinan Zaki... Sedikit terkilan... Since i need to go back to my kampung "penang". Ada wedding invitation + nak melawat my lil sista... since kampus KMPP, diserang H1N1.... so, aku pon nak make sure adikku ada keperluan yang cukup untuk make sure dia tak terjangkit @ demam...vitamin C, Apple Hijau, Jus Tok Guru... ect..
3. Melawat Tok Tam (Nenek Sedara) yang tinggal di kawasan Sawah Bendang, Permatang Pauh, Penang... Serius!! kami menikmati suasana kampung.. walau pun stay kat umah Tok Tam hanya untuk tak sampai 24 jam, terasa cam best sangat... ada gambo...tapi nanti la aku upload. Berada dirumah Tok Tam, membuatkan aku lupa segala keserabutan yang ada..Best sangat2!!! (^_^)v
4. K.E.R.J.A: Setiap hari duk menghitung hari.... yang pasti, tinggal 15 hari bekerja untuk menempuh ICP2010 kat Langkawi... Sementara nak tunggu tarikh keramat tu 5 - 7 July 2010. Jadual harianku, akan lebih berterabur... situasi normal, untuk sebulan sebelum program....
5. After ICP, mungkin boleh rehat seminggu je.... Then, dah kene wat preparation tuk 2 lagi event besar bulan November & Disember.. Program yang selang 2 minggu je... waktu dapat tahu pasal program tu, yang hanya akan selang 2 minggu je... ayat paling best yang keluar dari mulut aku "Siapa yang akan handle program lagi satu tu??????" soalan ditujukan kepada bos aku, dengan nada, i hope, it is not me!!! hihi suke suki je kan... Terkezut bos aku...
Setakat ini dulu.... Wassalam
Monday, June 7, 2010
Knowledge to share
*Email dari seorang sahabat...
Dua hari lepas, semasa makan-makan dengan ahli rumah, timbul perbincangan berkenaan bila dah jadi suami nanti. Biasanya, apabila disebut fasal perkahwinan, orang sibuk membicarakan perihal pasangan yang hendak dikahwininya. Tetapi yang terharunya saya dalam perbincangan tengah makan itu, kami membicarakan bagaimana keadaan diri kami untuk menjadi suami.
“Al-Quran pun tak banyak baca.”
“Masjid pun tak istiqomah pergi”
“Subuh pun liat nak bangun”
“Kekemasan rumah pun susah nak jaga”
“Masjid pun tak istiqomah pergi”
“Subuh pun liat nak bangun”
“Kekemasan rumah pun susah nak jaga”
Ya. Bagaimana agaknya bila sudah berkahwin? Mungkin orang sibuk berfikir bagaimana mendalamnya cinta mereka kepada pasangan mereka boleh pergi selepas kahwin nanti. Tetapi entah kenapa, saya berfikir apakah aku ini mampu nak didik isteri dan anak? Mampu nak pimpin mereka untuk dapat redha Allah? Mampu nak didik mereka untuk menghala ke syurga?
Kalau kita berhenti pada persoalan mampu atau tidak, sudah bersedia atau tidak, mungkin hingga mati kita tidak akan dapat jawapannya kalau sekadar berfikir-fikir demikian. Maka saya mewujudkan satu persoalan lain yang lebih ‘bumi’ untuk difikirkan.
“Sudahkah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi suami yang baik?”
Realiti sebuah pekahwinan
Seronok bila kahwin. Saya tak pernah nampak lagi orang yang berduka bila hendak berkahwin. Tetapi saya suka, dalam keseronokan perkahwinan, seseorang itu perlu memandang bahawa perkahwinan adalah gerbang kepada dunia yang lebih besar dan panjang. Jangan dilihat bahawa perkahwinan itu adalah Majlis Perkahwinan yang dihadiri ramai orang, tempohnya hanya sehari, disertai pelbagai program dan majlis makan sahaja. Tetapi selepas Majlis Perkahwinan itu wujud satu perjalanan panjang. Dan bukan keseronokan sahaja yang wujud di dalamnya.
Kita akan tinggal dengan pasangan kita dalam kebanyakan masa 24 jam sehari. Tidur dengannya, bangun dengannya, makan dengannya, tinggal bersamanya, dan bila ada masalah serta cabaran kita bersamanya. Dan tiada orang pada saya, bercita-cita berkahwin hanya sehari dua.
Kemudian bila Allah izin dapat anak, dengan anak pun sedemikian. Kita bersamanya dalam kebanyakan masa 24 jam sehari. Dan saya tak rasa ada orang yang nak anak dia mati selepas 2-3 hari.
Bersama mereka. 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 4 minggu sebulan, 12 bulan setahun, dan entah berapa tahun dalam kehidupan kita. Majoritinya mencecah puluhan.
Kalau tak berusaha untuk bersedia, apakah akan terjadi sepanjang pengharungan alam yang panjang itu?
Suami adalah contoh
Bayangkan ya, dalam sepanjang kehidupan kita berumah tangga nanti, kita adalah seorang yang selalu bangun lewat subuh, jarang sungguh membaca Al-Quran, tidak pula menjaga kebersihan, apatah lagi masih suka melakukan dosa, bagaimana agaknya pasangan kita?
Ini adalah tanggungjawab besar selain memberikan nafkah. Menjadi contoh yang baik kepada isteri dan anak-anak.
Saya tidak dapat membayangkan kita bangun lewat Subuh dan isteri ikut bangun lewat sama kerana kita tak bangun awal Subuh. Anak juga kemudiannya terbiasa bangun lewat Subuh sebab kita tak kejutkannya Solat Subuh.
Saya tidak dapat membayangkan kita jarang sungguh membaca Al-Quran sehingga isteri pun rasa tidak mengapa tidak membaca Al-Quran. Anak juga kemudiannya rasa susah hendak suka dengan Al-Quran sebab kita pun jarang membaca Al-Quran.
Saya tidak dapat membayangkan kita masih suka buat dosa, jauh daripada Allah, sehingga isteri pun nanti rasa tidak kisah atas hal yang sama kerana merasakan itu perkara biasa. Anak juga kemudiannya rasa yang dosa itu bukan dosa sebab dia melihat kita melakukannya seakna itu perkara halal dan mendapat pahala sahaja.
Bagaimana? Tidakkah terasa bahawa berusaha ke arah persediaan adalah sesuatu yang urgen?
Yang akan dipersoal di akhirat
Suami, bapa, ketua keluarga, itulah yang paling berat persoalannya di hadapan Allah kelak. Satu perkara yang kita perlu ingat adalah kita akan dibangkitkan di hadapan Allah dan akan dipersoalkan. Maka bagaimana agaknya persediaan kita untuk menjawab persoalan Allah akan hal keluarga kita?
Suami, bapa, ketua keluarga, itulah yang paling berat persoalannya di hadapan Allah kelak. Satu perkara yang kita perlu ingat adalah kita akan dibangkitkan di hadapan Allah dan akan dipersoalkan. Maka bagaimana agaknya persediaan kita untuk menjawab persoalan Allah akan hal keluarga kita?
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” Surah At-Tahrim ayat 6.
Bagaimana pula kalau kita yang menjadi penyebab mereka ke neraka? Bukankah itu menyedihkan?
“Katakanlah lagi: “Sesungguhnya orang-orang yang rugi (dengan sebenar-benarnya) ialah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri dan keluarga mereka pada hari kiamat (dengan sebab perbuatan mereka memilih kekufuran atau kederhakaan). Ingatlah, yang demikian itulah kerugian yang jelas nyata.” Surah Az-Zumar ayat 15.
Adakah kita hendak menjadi orang yang merugikan diri dan keluarganya sekali?
Ketahuilah. Kahwin itu bukan sekadar majlis perkahwinan, dan tanggungjawabnya bukan sekadar nafkah.
“Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.” Surah Toha ayat 132.
Dan yang hendak memerintah, pastinya perlu melakukannya bukan?
Memang kalau nak tunggu sempurna tak akan sempurna
Memang kalau sekarang kita tanya diri kita, apakah aku telah sempurna untuk berkahwin, nak jadi contoh, memang tak akan kita mampu jawab sempurna. Jadi, apakah kita tidak boleh berkahwin sebelum sempurna?
Tidak. Saya tidak kata demikian. Memang tidak akan ada manusia yang sempurna.
Tetapi setahu saya, ada manusia yang berusaha ke arah kesempurnaan itu.
Sebab itu, persoalan yang saya timbulkan adalah, apakah kita telah berusaha untuk bersedia?
Semasa bujang kita mula jaga kekemasan, semasa bujang kita sudah usaha menyelesaikan hal Bangun Subuh, semasa bujang kita usaha memperkuatkan hubungan dengan Allah, semasa bujang kita usaha biar diri cinta dengan Al-Quran dan kebaikan, semasa bujang kita sudah usaha meninggalkan dosa-dosa dan memperkemaskan banyak amalan.
Apakah kita telah berusaha membiasakan diri kita untuk menjadi contoh?
Penutup: Saya percaya bahawa rumah tangga yang terbaik, adalah yang Allah redha
Saya percaya bahawa, rumah tangga yang terbaik adalah yang mendapat keredhaan Allah SWT. Dan saya pula percaya bahawa manusia tak akan mampu menjadi baik tanpa usaha. Sebab itu saya kira, hendak membina rumah tangga yang baik, maka manusia perlu berusaha untuk bersedia.
Saya percaya bahawa, rumah tangga yang terbaik adalah yang mendapat keredhaan Allah SWT. Dan saya pula percaya bahawa manusia tak akan mampu menjadi baik tanpa usaha. Sebab itu saya kira, hendak membina rumah tangga yang baik, maka manusia perlu berusaha untuk bersedia.
“Ala bro, lepas kahwin nanti baru fikir lah”
Ya. Mungkin boleh. Tetapi bagaimana agaknya kalau terlewat? Baru hendak berubah, anak dan isteri pula telah pekat dengan amal kita sebelum berubah. Bagaimana?
Mengapa bila dikurniakan masa ketika bujang, tidak kita gunakan?
“ala, benda ni benda dah kahwin la bro. Pelajar-pelajar kena fikir belajar aja”
Oho. Maaf. Guru saya kata, hal perkahwinan kena fikir semasa dari tingkatan satu lagi. Ia menjana kematangan. Bukan fikir nak kahwin dengan siapa. Tetapi fikir nak hidup macam mana lepas kahwin nanti.
Maka, apa kata kita jangan lewat-lewatkan usaha kita? Mengapa tidak dari sekarang?
Saya teringat kata-kata seorang ulama’:
“Ada beza orang yang beriman di awal Islam, dengan orang yang beriman selepas Fathu Makkah.”
Fikir-fikirkan.
“Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.” Surah Toha ayat 132.
* Bukan semata-mata ditujukan buat kaum Adam..tetapi sebagai panduan juga buat kaum Hawa, kita pun kene sama2 beringat & pelan2 menambah skill + ilmu..especially hal rumah tangga...
* Antara persoalan yang perlu difikirkan nanti, oleh kaum Hawa (sesudah berumah tangga)
- Nak masak & makan apa malam ni?
- Barang dapur apa yang tiada?
- Planning untuk urusan rumah tangga (bila nak basuh baju suami & anak2, bila nak kemas rumah, bila nak sapu @ mop lantai?? etc)
- tak termasuk lagi adaptation kita & keluarga mertua.....
* So, jom la kita sama2 tuntut ilmu dari isteri2 & ibu2 yang dikenali....
* teringat nasihat dari seorang Ustaz melalui kuliah agama yang dihadiri :
"...Bila fikir pasal kahwin, JANGAN fikirkan apa yang BAKAL KITA DAPAT...tapi fikirkanlah... APA YANG BAKAL KITA BERI.....sebab high expectation & demand, selalunya akan membunuh rumah tangga itu sendiri"
Thursday, June 3, 2010
...one month to go...
Program : International Conference on Photonics 2010 (ICP2010)
Date : 5 - 7 July 2010
Venue : Holiday Villa Beach Resort & Spa, Langkawi
Done:
- Tourism Malaysia
- Sponsors
- Call for paper + abstract submission + paper reviewed + camera-ready paper + IEEE PDF Express format + Camera-ready paper submisnsion
- Hotel Reservation : Conference Package + Dinner + Room
- Speakers : Keynote, Invited & Tutorial
- Flight Ticket : Event Manager + Committee members + Keynote Speakers
In Progress:
- Sabah & Langkawi Tourism
- MB Kedah Office
- Design : Banner, Bunting, Tag & Program Book
- Opening Ceremony : General Secretary MOSTI
- Program Book
- Update database participant & presenter (status, paper & payment)
- Make copy for every important document, especially documents related to FINANCIAL REPORT.... huhu
* For those yang familiar & slalu join program, they will know & understand what am i doing right now. Kalau dulu, semua perkara diatas dilakukan atas dasar persahabatan, ukhwah persatuan, semangat nak organize event...etc... Tapi sekarang, i'm doing it for my future... which is, sebagai kerjaya saya sebagai seorang Asst. Event Manager.
* Syukur Alhamdulillah, kerana dikurniakan pekerjaan yang selari dengan minat diri ini... Tapi, still ada perkara2 yang tak best jugak berlaku... kalaupun kita suke kerjaya kita. Pape hal pon, hidup perlu diteruskan...
* Doakan semoga aku mendapat keberkatan & ikhlas dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pekerja...
wassalam
Date : 5 - 7 July 2010
Venue : Holiday Villa Beach Resort & Spa, Langkawi
Done:
- Tourism Malaysia
- Sponsors
- Call for paper + abstract submission + paper reviewed + camera-ready paper + IEEE PDF Express format + Camera-ready paper submisnsion
- Hotel Reservation : Conference Package + Dinner + Room
- Speakers : Keynote, Invited & Tutorial
- Flight Ticket : Event Manager + Committee members + Keynote Speakers
In Progress:
- Sabah & Langkawi Tourism
- MB Kedah Office
- Design : Banner, Bunting, Tag & Program Book
- Opening Ceremony : General Secretary MOSTI
- Program Book
- Update database participant & presenter (status, paper & payment)
- Make copy for every important document, especially documents related to FINANCIAL REPORT.... huhu
* For those yang familiar & slalu join program, they will know & understand what am i doing right now. Kalau dulu, semua perkara diatas dilakukan atas dasar persahabatan, ukhwah persatuan, semangat nak organize event...etc... Tapi sekarang, i'm doing it for my future... which is, sebagai kerjaya saya sebagai seorang Asst. Event Manager.
* Syukur Alhamdulillah, kerana dikurniakan pekerjaan yang selari dengan minat diri ini... Tapi, still ada perkara2 yang tak best jugak berlaku... kalaupun kita suke kerjaya kita. Pape hal pon, hidup perlu diteruskan...
* Doakan semoga aku mendapat keberkatan & ikhlas dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pekerja...
wassalam
Subscribe to:
Posts (Atom)