Tuesday, April 27, 2010

TaG....

1. Adakah anda rasa anda HOT?
Apa yang anda maksudkan dengan HOT?? rasanya tak kot..

2. Upload wallpaper pc/laptop yang anda sedang guna sekarang.


3. Cerita pasal gambar
Picture speak louder than words...

4. Kali terakhir makan Pizza?

Sebulan yang lepas...bufday my ofismate..

5. Lagu terakhir anda dengar?

Forgotten : Avril Lavigne

6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?

Mengarang surat program...... :(

7. Selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama apa??

Pau, akak, Mak Teh & Fafau

8. Tag lagi 8 orang

-Lin

-Rashid

- Aziz

- Tiqah

- Q

- Fiza

- Dekti

- Kak Nana

9. Siapakah orang No 1 kepada anda??

Seorang adik yang manja... :)

10. Katakan sesuatu kepada orang No. 5.

Hello my dear.....

11. No 3. ada hubungan dengan siapa?

ehm... no idea...

12. Bagaimana pula dengan No. 4?

Cute lil sista of mine..

13. Pesanan kepada orang No. 6.

...Friends 4 eva..rite???

14. Kata-kata cinta untuk orang No. 2?

Sawadikap!!!!

15. Adakah No. 7 dan No.8 ada persamaan?

Dua-dua suka graphic @ designing something.... Dorkistic..etc

16. Berikan 5 yang anda tahu tentang orang yang mengetag anda:

Wawa: Suke musik, sangat suke musik, sangat-sangat suke musik, suke alatan musik & suke ahli musik..... (kan wawa kan???)

Syam : Anak Bongsu, Pakar IT (kan syam kan??), suke drama omputih, slalu kene buli & Garang

Kak Aton: Seorang kakak yang suka cubit adik2nya, Kakak yang penyayang, kakak yang baik, kakak yang garang, dah ada gewe....Encik Barakuda....

17. Persamaan antara kambing dan lembu

Dagingnya tak elok untuk penghidap Darah Tinggi

18. Perasaan buat tag ini?

Biasa-biasa je.. (^_^)v

19. Gay or Less?

Since dua2 adalah perlakuan diluar tabiee..rasanya tak perlu nak jawab kot...

Thursday, April 22, 2010

Jom Makan...

..just a snack....

....a cup of Cappucino....

...Subway Sandwich???...nyum nyum..

...pilih pilih...mana yang anda suker...

....Steamboat??? adeh....

...Nyum nyum...

...Chicken Bolognese Spaghetti....


.....Nando's.... ehm...Not my taste....

* Recently, aku suke sangat makan...Tak tau la nape... ehm..pelik kan?? Sedang menikmati nikmat kurniaan Tuhan... so, Jom enjoy eating... no need to diet-diet ma...

Sunday, April 18, 2010

Financial Planning???



* Encik Tabung yang gumuk....


Salam

Sekadar nak share pengalaman yang ditempuhi baru-baru ini. Demam panas telah membawa aku untuk ke Pusat Kesihatan Islam Al-Zahrah Bangi. Jumpa Dr. dan aku diminta untuk mengambil darah untuk rawatan selanjutnya. Selepas15 minit, aku dipanggil semula untuk berjumpa Dr. "..platlet darah awak turun dan kemunkinan besar, awak disahkan suspek denggi.. esok awak kena datang balik untuk cek darah sekali lagi...." Esoknya, "...platlet darah awak turun lagi, dan badan awak kekurangan air.." Darah diambil sekali lagi untuk ujian buah pinggang & hati....... selepas 3 hari mendapat MC..syukur alhamdulillah aku kembali pulih... tidak pulih sepenuhnya... since rasa melayang, still ada sampai hari ni.

Kesimpulannya... dalam sedar tak sedar, pengalaman ini telah membuat aku berfikir panjang, tentang masa depan + perancangan keewangan aku yang kureng strategik .

Antara perkara yang difikirkan:
- Kalau dimasukkan ke wad, adakah aku cukup duit untuk menanggung perbelanjaan hospital??
- Takkan nak minta pertolongan mak & abah??? since aku sudah bekerja....
- Mula memikirkan jumlah wang simpanan yang aku ada dalam bank.... GULP!!! cukup ke????
- Kalau tak cukup, habis la aku......
- Dan banyak lagi perkara yang aku fikirkan selain hal2 kewangan...

Pengajarannya:

-Ikut nasihat ABAH..... "...simpan sekurangnya 30% daripada gaji akak...bukan untuk abah, untuk mak..tapi untuk masa depan akak..."

- Ikut nasihat ofismate "....buat satu tabung yang khas untuk duit syiling...setiap hari, balik je rumah, buka beg duit n masukkan semua duit syiling yang ada, kedalam tabung tu. I'allah, cara tabungan yang amat berkesan..."

- Ikut nasihat adik & bekas majikan "....sediakan beberapa sampul n setiap kali dapat gaji, masukkan sekeping RM10 @ lebih kedalam nya...dan jangan sesekali buka dan kira duit tu... InsyaAllah... ia akan membantu ketika kita sesak satu hari nanti...."

- Ikut nasihat bekas majikanku "... muda2 ni la masa nak kumpul duit, terutama orang perempuan.. buka akaun tabung haji, dan kalau dah cukup RM1500, boleh terus mendaftar untuk pergi haji... kita tak rugi..sebab ini adalah perancangan untuk masa depan..."

- Ikut pesanan mak ".....berjimat.....jangan boros......" (simple, tapi sungguh bermakna.....)
-Ikut pesanan seorang abang "...kumpul duit dalam seribu, dan beli barang kemas...lagi selamat, sebab 4 sure akak takkan gadai barang kemas tu kan????"

-Ikut nasihat seorang sahabat "...beli insurans... it will help u when u really need it"

- Ikut kata pepatah Melayu "..sediakan payung, sebelum hujan..."


Kesimpulannya:

- Antara banyak2 nasihat ni, yang mana satu aku dah praktikkan??? Rasanya tak perlu kot nak gtau....

- Aku mula berfikir....dan terus berfikir...dan perlu ambil tindakan atas pengajaran yang dialami.. Sebab aku takkan tahu apa yang bakal berlaku pada diri ini, pada hari esok.....

- Korang pulak macam mana???? dah mula menabung?????


*RENUNG-RENUNGKAN.....DAN SELAMAT BERAMAL!!!!!