

* Encik Tabung yang gumuk....Salam
Sekadar nak share pengalaman yang ditempuhi baru-baru ini. Demam panas telah membawa aku untuk ke Pusat Kesihatan Islam Al-Zahrah Bangi. Jumpa Dr. dan aku diminta untuk mengambil darah untuk rawatan selanjutnya. Selepas15 minit, aku dipanggil semula untuk berjumpa Dr. "..platlet darah awak turun dan kemunkinan besar, awak disahkan suspek denggi.. esok awak kena datang balik untuk cek darah sekali lagi...." Esoknya, "...platlet darah awak turun lagi, dan badan awak kekurangan air.." Darah diambil sekali lagi untuk ujian buah pinggang & hati....... selepas 3 hari mendapat MC..syukur alhamdulillah aku kembali pulih... tidak pulih sepenuhnya... since rasa melayang, still ada sampai hari ni.
Kesimpulannya... dalam sedar tak sedar, pengalaman ini telah membuat aku berfikir panjang, tentang masa depan + perancangan keewangan aku yang kureng strategik .
Antara perkara yang difikirkan:
- Kalau dimasukkan ke wad, adakah aku cukup duit untuk menanggung perbelanjaan hospital??
- Takkan nak minta pertolongan mak & abah??? since aku sudah bekerja....
- Mula memikirkan jumlah wang simpanan yang aku ada dalam bank.... GULP!!! cukup ke????
- Kalau tak cukup, habis la aku......
- Takkan nak minta pertolongan mak & abah??? since aku sudah bekerja....
- Mula memikirkan jumlah wang simpanan yang aku ada dalam bank.... GULP!!! cukup ke????
- Kalau tak cukup, habis la aku......
- Dan banyak lagi perkara yang aku fikirkan selain hal2 kewangan...
Pengajarannya:
-Ikut nasihat ABAH..... "...simpan sekurangnya 30% daripada gaji akak...bukan untuk abah, untuk mak..tapi untuk masa depan akak..."
- Ikut nasihat ofismate "....buat satu tabung yang khas untuk duit syiling...setiap hari, balik je rumah, buka beg duit n masukkan semua duit syiling yang ada, kedalam tabung tu. I'allah, cara tabungan yang amat berkesan..."
- Ikut nasihat adik & bekas majikan "....sediakan beberapa sampul n setiap kali dapat gaji, masukkan sekeping RM10 @ lebih kedalam nya...dan jangan sesekali buka dan kira duit tu... InsyaAllah... ia akan membantu ketika kita sesak satu hari nanti...."
- Ikut nasihat bekas majikanku "... muda2 ni la masa nak kumpul duit, terutama orang perempuan.. buka akaun tabung haji, dan kalau dah cukup RM1500, boleh terus mendaftar untuk pergi haji... kita tak rugi..sebab ini adalah perancangan untuk masa depan..."
- Ikut pesanan mak ".....berjimat.....jangan boros......" (simple, tapi sungguh bermakna.....)
-Ikut pesanan seorang abang "...kumpul duit dalam seribu, dan beli barang kemas...lagi selamat, sebab 4 sure akak takkan gadai barang kemas tu kan????"
-Ikut nasihat seorang sahabat "...beli insurans... it will help u when u really need it"
- Ikut kata pepatah Melayu "..sediakan payung, sebelum hujan..."
Kesimpulannya:
- Antara banyak2 nasihat ni, yang mana satu aku dah praktikkan??? Rasanya tak perlu kot nak gtau....
- Aku mula berfikir....dan terus berfikir...dan perlu ambil tindakan atas pengajaran yang dialami.. Sebab aku takkan tahu apa yang bakal berlaku pada diri ini, pada hari esok.....
- Korang pulak macam mana???? dah mula menabung?????
*RENUNG-RENUNGKAN.....DAN SELAMAT BERAMAL!!!!!






