Bangau oh bangau, mengapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus, ikan tak mahu timbul..
Ikan oh ikan, kenapa tak mahu timbul?
Macam mana aku nak timbul, rumput panjang sangat..
Rumput oh rumput, kenapa panjang sangat?
Macam mana aku tak panjang, kerbau tak makan aku..
Kerbau oh kerbau, kenapa tak makan rumput?
Macam mana aku nak makan, perut aku sakit..
Perut oh perut, kenapa engkau sakit??
Macam mana aku tak sakit, makan nasi mentah..
Nasi oh nasi, mengapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah, kayu api basah..
Kayu oh kayu, kenapa engkau basah??
Macam mana aku tak basah, hujan timpa aku..
Hujan oh hujan, kenapa kau timpa kayu??
Macam mana aku tak timpa kayu, katak panggil aku..
Katak oh katak, mengapa panggil hujan?
Macam mana aku tak panggil, ular nak makan aku..
Ular oh ular, kenapa nak makan katak?
Macam mana aku tak makan, MEMANG MAKANAN AKU!!!
* sama-sama kita ambil iktibar dari lagu rakyat ini.....
3 comments:
errr.. bleh explain iktibar yg terdapat dlm lagu ni?
ok, walau ape pon terjadi (melakukan kesilapan @ kesalahan, jangan sesekali salahkan orang lain... coz benda tu takkan selesai.. tapi mungkin akan lebih berpanjangan jadinyer..
jangan jadi bangau...sebab dia, semua haiwan lain, termasuklah rumput & kayu terlibat.
Tapi kita try jadi ular... dia menyatakan fakta.. walaupun makhluk lain disekeliling, tak nak mengaku kelemahan masing2....
* saje letak lagu ni, sebab nak bagi motivasi kepada diri sendiri. supaya lebih bersemangat untuk bekerja!! huhu (i wish...)
owhh gitu....
Post a Comment