Showing posts with label ^_^. Show all posts
Showing posts with label ^_^. Show all posts

Friday, July 10, 2009

Saturday, June 6, 2009

Muhammad Mutawalli Sya'rawi....



Salam
  • FYI, my lil baby boy ni da diberi nama.. Muhammad Mutawalli Sya'rawi Bin Mohd Faizal. Nama diberi khas oleh Tok Guru Nik Aziz Nik Mat pada sesi "cukur jambul" n "belah mulut" baru2 ni. Hopefully, baby ni akan jadi sehebat pemilik namanye.. amin....
  • I'allah aku akan berangkat ke Sabah 8hb ni... n balik 11hb.. Family Vacation... Doakan kami selamat pegi n selamat pulang.... Sekian dulu....
*Sedikit info tentang Muhammad Mutawalli Sya'rawi.. http://www.sunnah.org/history/Scholars/Shaarawi.html
wassalam

Wednesday, June 3, 2009

My X-Schoolmates

* Asiah + Huda + Yati + Zuliya
* Jamil + Asiah + Alia (Her wedding day) + Zuliya + Firdaus + Angah
Huda


- Pengakuan : Kali terakhir aku jumpa diorang, kalo tak silap 5 tahun lepas...
- Skarang ni kalo jmpa, mst rasa cam pelik kan? ye la.. mostly kwn2 aku ni da kerja.. da ada life sendri...
- Bila la agaknya dapat jumpa korang yer?
I'allah da rezeki kita jmpa ye....
take care...

Tuesday, April 21, 2009

Petua menjaga HATI......

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan: “Ya Allah, jadikan hatiku bersih.”
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di-ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X..
5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: “Aku sebenarnya……(perkara yang elok2 belaka).
7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: “Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif.” Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).
8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut… dsb). Jangan dengar orang mengumpat.

*sekadar imu untuk tatapan semua dan panduan untuk diri sendiri……
*RENUNG-RENUNGKAN, DAN SELAMAT BERAMAL!!!