Tuesday, January 3, 2012

SMS

Bukan perjuangan namanya kalau tak sanggup tempuhi cabaran.
Setakat mana dugaan yang kita alami?
Adakah sampai tahap bermandi darah macam apa yang Nabi lalui?
Dah tentu tak..
So, perbetulkan niat..
Niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah akan jadi sumber kekuatan untuk kita terus bertahan..
Susah payah & perit macam mana sekalipun, kita akan tetap istiqamah sebab kita lakukan bukan kerana manusia..
So, kenapa mesti kecewa?
Kenapa mesti putus asa?
Bukan kah apa yang kita buat kerana semata-mata mengharapkan redha Allah.
Kalau semuanya kerana Allah, dah tentu kita sentiasa gembira, kerana kita yakin Allah aturkan yang terbaik untuk hambaNya.
Dugaan & cabran yang kita lalui hanya satu ujian untuk tengok sejauh mana keikhlasan kita sebagai hamba..
Pada hakikatnya Allah sedang mentarbiyahkan kita..
So, bersyukurlah kerana Allah masih pedulikan kita..
Semakin diuji, semakin kita dekat kepadaNya......

* Bersangka baiklah kepada Allah.... :)

SMS_dia : 20 Dec 2011 : 6:10:29pm

1 comment:

luzclarita said...

Semakin aku baca pesanan ini.. semakin aku jadi lebih kuat..

semoga Allah merahmati orang yang memberi pesanan ini.. Amin..