Saturday, September 13, 2008

Mari berkongsi bersama...

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong
(ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar
marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan
seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang,
besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai
pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang
dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya
jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah
egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang
seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti
marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah
bait syair "Takdir Allah telah putus dan putusan
Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-
kata "Barangkali" dan "Kalau".

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah
ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana
sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah
dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi
raji'un.". Pernah ditanya Ahnaf bin Qais,
bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang
lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar
dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang
berehat-rehat, masuk hambanya membawa
panggang besi yang berisi daging panggang yang
masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan
dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang
yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais.
Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan
sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat
peristiwa itu dengan tenang berkata kepada
hambanya yang sedang pucat dan menunggu
hukuman " Aku bukan sahaja tidak marah kepada
kamu tetapi mulai hari ini aku akan membebaskan
kamu." Begitulah sopan santunnya dan
pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri
ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi
Qais memandang segala kejadian itu adalah dari
Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya,
maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha
dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak
ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau
atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan"
kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah
dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan
ambil kembali. Kita mesti ubati hati kita. Kita
mesti membuangkan rasa "ketuanan" kita
yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan
melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah
yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah
ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t
akan segala tindak-tanduk kita. Allah
memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab
kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini
hanyalah manusia yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada
Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat
marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu
mungkin akan membawa kepada permusuhan dan
pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita
ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk
daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di
dalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca
Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim )
kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu
kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan
yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal
tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya
akan meredakan perasaan marah apabila bangkit
daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu
datangnya dari Allah dan akan kembali kepada
Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang
memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang
melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi.
Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.
Satu cara lagi, apabila datangnya marah,
sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya
duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan
akan mulai reda. Dengan cara demikian, seperti
ulasan saudara fansuri, keegoan akan
berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik
marah, yang bersandar akan mula menetapkan
duduknya dan seterusnya berdiri, maka
kemarahan sudah tidak dapat dikawal.

Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap
darah jantung dari suruhan syahwat utk
mempertahankan diri dan utk melepaskan
dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul
kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila
kemarahan telah timbul tidak ditahan dgn fikiran
dan akal sebelum! dia menjalar, tidak ubahnya dia
dengan api yg membakar, darah naik laksana wap,
memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati
sehingga tidak sanggup berfikir. Menyelimuti
seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila
memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang,
akal tertutup, fikiran tersentak, angan-angan habis.

No comments: